Kadar fidyah di Negeri Perlis adalah berjumlah RM5.00 bagi satu hari puasa. Kadar itu berdasarkan satu hidangan makanan. (Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kali ke-34/2018).
Contoh pengiraan :
3 hari meninggalkan puasa :
3xRM5 : RM15 kadar fidyah.
Kiraan Kaffarah : Pengiraan kaffarah adalah berdasarkan jenis kesalahan yang dikenakan kaffarah seperti :
- persetubuhan di siang hari dalam bulan Ramadan : berpuasa 2 bulan berturut-turut atau jika tidak mampu memberi makan kepada 60 fakir miskin
- melanggar sumpah : memberi makan kepada 10 fakir miskin atau memberi pakaian kepada 10 fakir miskin
- melanggar nazar : memberi makan kepada 10 fakir miskin atau memberi pakaian kepada 10 fakir miskin
- Ila’ : memberi makan kepada 10 fakir miskin atau memberi pakaian kepada 10 fakir miskin
- Zihar : berpuasa 2 bulan berturut-turut atau jika tidak mampu memberi makan kepada 60 fakir miskin