Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Menurut Imam Syafi’i, pembayaran boleh mula dibuat pada hari pertama bulan Ramadan.
Sepanjang bulan Ramadhan
Pada dua hari terakhir bulan Ramadhan
Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
Selepas solat hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.
Selepas terbenam matahari satu Syawal.
Jika anda mahu membuat bayaran zakat fitrah dengan cepat dan mudah pada dua hari terakhir bulan Ramadan, cara paling senang adalah dengan membayarnya secara online.
Penetapan untuk Negeri Perlis, Tahun 1445H /2024M. Diperakukan dalam Persidangan Mesyuarat MAIPs Bil 2 / 2023 pada 3 April 2023.
Bagi yang menggunakan beras tempatan.
Bagi yang menggunakan beras import.
Umat Islam yang menunaikan zakat fitrah dengan beras, maka kadar pengeluaran adalah sebanyak satu gantang nabawi (2.6 kilogram) bagi tiap-tiap seorang.
Zakat pendapatan ialah zakat hasil yang diperolehi oleh seseorang melalui pekerjaan secara langsung atau tidak langsung seperti : Gaji, Elaun, Imbuhan, Hadiah, Pencen dan seumpamanya dengan pihak lain sama ada pihak kerajaan atau swasta atau perseorangan.
Nisab zakat mengikut harga/nilai harga emas semasa.
(Cth: Nisab Zakat = RM 20,579.75)
Setahun
Untuk contoh pengiraan pendapatan dan perbelanjaan sebenar, sila rujuk pada jadual di bawah.
Pendapatan sebenar adalah jumlah pendapatan bulanan atau tahunan yang diterima daripada pelbagai sumber. Contohnya, pendapatan boleh terdiri daripada gaji, elaun, dan sumber lain-lain.
No. | Jenis Pendapatan | Bulanan (RM) | Tahunan (RM) |
---|---|---|---|
1 | Gaji | 4,500.00 | 54,000.00 |
2 | Elaun | 800.00 | 9,600.00 |
3 | Lain-lain | - | - |
Jumlah | 5,300.00 | 63,600.00 |
Perbelanjaan sebenar melibatkan kos hidup asas dan pembayaran hutang darurat. Ini termasuk perbelanjaan diri, pasangan (isteri), anak-anak, pemberian kepada ibu bapa, perubatan, dan hutang-hutang penting seperti kenderaan atau rumah. Contoh:
No. | Jenis Perbelanjaan | Bulanan (RM) | Tahunan (RM) |
---|---|---|---|
1 | Diri* | 667.00 | 8,000.00 |
2 | Isteri* | 250.00 | 3,000.00 |
3 | Anak-anak (2 orang) | 400.00 | 4,800.00 |
4 | Pemberian Ibubapa | 100.00 | 1,200.00 |
5 | Perubatan | 50.00 | 600.00 |
6 | Hutang Dharuriat :-Kenderaan | 550.00 | 6,600.00 |
7 | Hutang Dharuriat :-Rumah | 650.00 | 7,800.00 |
8 | Tabung Haji | 50.00 | 600.00 |
9 | PTPN | - | - |
10 | KWSP | - | - |
Jumlah | 5,300.00 | 63,600.00 |
Zakat yang perlu dibayar dikira dengan mengurangkan perbelanjaan sebenar daripada pendapatan sebenar, dan kemudian didarabkan dengan kadar 2.5%. Contohnya:
No. | Perkara | Bulanan (RM) | Tahunan (RM) |
---|---|---|---|
1 | Pendapatan | 5,300.00 | 63,600.00 |
2 | Perbelanjaan | 2,717.00 | 32,600.00 |
3 | Baki | 2,583.00 | 31,000.00 |
4 | Kadar | x2.5% | x2.5% |
Jumlah | 64.58 | 775.00 |
Amaun zakat yang dikenakan ialah 2.5% daripada amaun Baki.
64.58 sebulan
RM 775.00 setahun
2.5%
Zakat wang simpanan ialah wang yang disimpan di dalam akaun simpanan, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, amanah saham serta lain-lain bentuk simpanan atau saham di bank atau mana-mana institusi kewangan diwajibkan zakat sekiranya memenuhi syarat-syaratnya.
Nisab matawang Malaysia atau wang simpanan ditentukan mengikut nilai emas semasa seberat 85 gram atau 25 mayam. Harga atau nilai emas mengalami perubahan dari masa ke semasa mengikut siri terbitan daripada kerajaan Malaysia (JAWHAR). Maka nisab matawang adalah mengikut harga emas pada hari mengeluarkan zakat.
Kadar zakat yang diwajibkan bagi matawang Malaysia / wang simpanan ialah sebanyak 2.5% atau 1/40 berdasarkan baki terendah yang mencapai nisab dalam tempoh haul.
Harga 85 gram atau 25 mayam emas pada bulan Januari 2021 ialah RM20,579.75
Tarikh | Wang Masuk (RM) | Wang Keluar (RM) | Baki (RM) |
---|---|---|---|
01/01/2020 | - | - | 30,000.00 |
14/04/2020 | 1,000.00 | - | 31,000.00 |
29/05/2020 | 10,000.00 | - | 41,000.00 |
18/06/2020 | 2,400.00 | - | 43,000.00 |
06/07/2020 | - | 3,000.00 | 40,000.00 |
24/08/2020 | 2,000.00 | - | 42,000.00 |
13/09/2020 | - | 1,500.00 | 40,000.00 |
07/10/2020 | - | 15,000.00 | 25,000.00 |
25/11/2020 | 2,000.00 | - | 27,000.00 |
30/12/2020 | 2,400.00 | - | 30,000.00 |
Tempoh haul yang diambilkira ialah mulai 1/1/2020 hingga 31/12/2020.
Zakat yang wajib dikeluarkan (Nilai terendah dalam tempoh di atas) ialah RM 25,900.00 X 2.5% = RM 647.50
Zakat emas dan perak wajib dikeluarkan apabila cukup syarat-syaratnya. Kewajipan zakat adalah berdasarkan emas yang dimiliki (emas yang dipakai dan emas yang disimpan) apabila cukup haul (setahun) dan cukup nisabnya.
Kadar nisab zakat adalah berdasarkan tahap ketulenan emas seperti jadual berikut :
Emas | Nisab (g) |
---|---|
24K/995/999 | 85 |
965 | 88.08 |
23K/950 | 89.47 |
22K/916 | 92.79 |
21K/875 | 97.14 |
20K/835 | 101.79 |
PAUN | 107.59 |
18K/K18/750 | 113.33 |
14K/585 | 145.30 |
9K/375 | 226.66 |
Jumlah minima diwajibkan zakat ialah 594 gram bersamaan dengan 176 mayam.
Kadar yang dikenakan ke atas zakat emas dan perak ialah 2.5% daripada emas/perak yang dimiliki sekiranya mencapai nisab.
Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan dengan tujuan untuk diperniagakan sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian atau perniagaan perkongsian. Zakat wajib dikeluarkan setelah cukup haul (setahun) dan cukup nisab dengan kadar bayaran 2.5%
Hasil jualan perniagaan TOLAK perbelanjaan/ kos perniagaan.
Contoh:
No. | Perkara | Jumlah (RM) |
---|---|---|
1 | Hasil Jualan (Setahun) | 50,000.00 |
2 | Perbelanjaan/Kos (Setahun) | 20,000.00 |
3 | Keuntungan Bersih | 30,000.00 |
Jumlah Zakat yang Perlu Dibayar (Kadar 2.5%) | 750.00 |
No. | Perkara | Jumlah (RM) |
---|---|---|
1 | Pelaburan | 150,000.00 |
2 | Aset Semasa | 500,000.00 |
3 | Liabiliti Semasa | 200,000.00 |
4 | Baki Bersih | 450,000.00 |
Jumlah Zakat yang Perlu Dibayar (Kadar 2.5%) | 11,250.00 |
Binatang yang dikenakan zakat termasuk dalam kumpulan ini ialah:
1. Unta
2. Lembu
3. Kambing
4. Kambing Biri-Biri
5. Kibas
Pemilik ternakan mestilah seorang Muslim.
Pemilik ternakan adalah orang yang merdeka dan bukannya hamba.
Binatang itu dimiliki sepenuhnya oleh orang yang dikenakan zakat.
Membajak sawah, menarik kereta, memusing kincir air dan sebagainya.
Genap satu tahun pemeliharaannya
Unta: 5 ekor, Lembu/Kerbau: 30 ekor Kambing Biri-Biri: 40 ekor
Binatang-binatang yang dikenakan zakat itu hendaklah dipelihara secara bebas di padang rumput. Sekiranya tertambat atau dibawa rumput kepadanya tidak dikenakan zakat.
Bilangan Ternakan | Kadar Dikeluarkan Zakat |
---|---|
30-39 | 1 ekor anak lembu (jantina/betina) berumur 1 tahun |
40-59 | 1 ekor anak lembu jantan berumur 2 tahun |
60-69 | 2 ekor anak lembu jantan berumur 1 tahun |
70-79 | 2 ekor anak lembu berumur 1 tahun (1 jantan dan 1 betina) |
80-89 | 2 ekor anak lembu betina berumur 2 tahun |
90-99 | 3 ekor anak lembu jantan berumur 1 tahun |
100-109 | 3 ekor anak lembu jantan (1 ekor anak lembu betina berumur 2 tahun dan 2 ekor jantan berumur 1 tahun) |
110-119 | 3 ekor anak lembu (1 ekor betina berumur 1 tahun dan 2 ekor jantan berumur 2 tahun) |
Apabila bilangan itu lebih dari yang dinyatakan di atas, maka bagi setiap 30 ekor lembu diwajibkan zakat 1 ekor anak lembu yang berumur 1 tahun. Bagi setiap 40 ekor lembu diwajibkan zakat 1 ekor lembu yang berumur 2 tahun.
Bilangan Ternakan | Kadar Dikeluarkan Zakat |
---|---|
40-120 | 1 ekor berumur 1 tahun |
121-200 | 2 ekor berumur 1 tahun |
201-299 | 3 ekor berumur 1 tahun |
300-400 | 4 ekor berumur 1 tahun |
Itulah kadar pengiraan seterusnya, tiap-tiap pertambahan 100 ekor zakatnya ditambah seekor kambing atau biri-biri nilai harganya sama.
Zakat tanaman ialah zakat hasil yang diusahakan oleh manusia di atas tanah milik sendiri, sewa atau sebagainya sama ada berbentuk biji-bijian dan buah-buahan atau dalam sebarang bentuk lain yang diusahakan oleh mereka.
Kadar nisab zakat tanaman ialah 5 ansuq atau 653kg.
Jumlah hasil tanaman TAMBAH insentif TOLAK kos-kos pengeluaran seperti membajak, meracun, menuai dan sebagainya. Zakat yang dikenakan ialah 10%. Contoh:
No. | Perkara | Jumlah |
---|---|---|
1 | Hasil Tanaman | 4,000.00 |
2 | Insentif | 1,000.00 |
3 | Jumlah | 5,000.00 |
4 | Kos Pengeluaran | 2,000.00 |
5 | Baki Bersih | 3,000.00 |
Jumlah Zakat yang Perlu Dibayar | 300.00 |
Jumlah hasil tanaman TAMBAH insentif.
No. | Perkara | Jumlah |
---|---|---|
1 | Hasil Tanaman | 4,000.00 |
2 | Insentif | 1,000.00 |
3 | Jumlah | 6,000.00 |
Jumlah Zakat yang Perlu Dibayar | 300.00 |
090 100 100 552 90
Pilih "Baitumal Negeri Perlis" sebagai Payee
Pilih "Zakat Negeri Perlis" sebagai Payee
Lampirkan butiran berikut ke emel korporat@maips.gov.my:
Gunakan Zakat Kalkulator MAIPs untuk mengetahui kadar zakat yang perlu anda bayar, mengikut jenis-jenis zakat berikut:
Kami menyediakan pelbagai kaedah bayaran terkini
untuk pusat bayaran untuk zakat, wakaf, dan sewa.
090 100 1000 2497
Pilih "Baitumal Negeri Perlis" sebagai Payee
Pilih "Zakat Negeri Perlis" sebagai Payee
Gunakan Zakat Kalkulator MAIPs untuk mengetahui kadar zakat yang perlu anda bayar, mengikut jenis-jenis zakat berikut:
Allah berfirman dalam surah at-Taubah ayat 60 : “Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.
Wakaf tunai MAIPs memberikan kemudahan untuk umat Islam melaksanakan ibadah wakaf dengan wang tunai dan akan disalurkan kepada projek-projek wakaf untuk kemaslahatan umat Islam di negeri ini. Dengan adanya skim wakaf tunai ini, umat Islam tanpa mengira miskin dan kaya berpeluang untuk beramal jariah menerusi konsep wakaf mengikut kemampuan dan keikhlasan
Sumber Am dikenali sebagai harta yang dimanfaatkan untuk kepentingan awam. Sumber Am MAIPs terdiri daripada 2 bahagian iaitu Fidyah dan Tabung