Sejak beberapa dekad lalu, Perlis berusaha menjadi hab pendidikan terkemuka dengan moto “Perlis Negeri Ilmu.” Ini bertujuan menarik pelajar dan menjadi pemangkin pembangunan ekonomi serta peningkatan komuniti sosial. Melalui konsep pendidikan wakaf institusi dan Bayt al-mal, KUIPs akan menjadi contoh Islam sederhana di Malaysia dan dunia. Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) ditubuhkan di bawah naungan MAIPs dengan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis sebagai penaung utama. KUIPs menawarkan program pengajian unik untuk melahirkan individu berpengetahuan dan berakhlak mulia. Kehadiran pelajar antarabangsa menyokong globalisasi dan menyediakan bakat untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Lokasi KUIPs di segitiga emas (IMT-GT) penting untuk mencapai agenda ASEAN sejak era Tun Abdul Razak.
KUIPs akan diterajui oleh tokoh terkenal dalam industri pendidikan negara. Sokongan kerajaan negeri dan hubungan rapat dengan IPTA di Perlis mewujudkan persaingan sihat dan saling melengkapi. Penubuhan KUIPs dijangka mengubah landskap pendidikan tinggi di Malaysia, khususnya di Perlis. Dengan kekuatan dan sokongan yang ada, KUIPs berpotensi menjadi IPTS yang kompetitif dan mencipta kejayaan besar untuk negara, bangsa, dan agama.